Thursday 9 October 2014

96 Dance Crew

              Assalamualaikum semua..pada tarikh 20/9/14 daus n group 96DC join pertandingan street dance di bandar pasir gudang,johor..alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kami berjaya mendapat naib johan peringkat negeri Johor.. Hari tersebut merupakan hari yang paling menggembirakan kami semua..

             Pada mulanya group ini ditubuhkan pada bulan Ogos 2014 yang lalu.. Ketika itu kami semua belum pandai menari langsung dan pada hari itu diadakan uji bakat street di Politeknik Ibrahim Sultan bagi mewakili poli utk pergi pertandingan yang diadakan di pusat bandar..Ketika itu daus mencuba nasib di ujibakat itu.. Daus tak lah pandai menari sangat tetapi setelah diajar step boleh lah menari sikit-sikit..

               Group ini atau dikenali sebagai 96 Dance Crew ( 96DC ) terdiri daripada 8 orang ahli saja iaitu 6 orang lelaki dan 2 orang perempuan..Kami semua merupakan pelajar sem satu Politeknik Ibrahim Sultan..group ini diketuai oleh Azwan Abdul Razak @ bboy Grenade..dia merupakan seorang ketua yang sangat baik dan bertanggungjawab..Dia merupakan orang yang telah mengajar kami semua menari sehingga kami boleh menari..

                Kami hanya ada masa sebulan saja untuk berlatih sebelum menyertai pertandingan ini..dan alhamdulillah berkat daripada usaha kami yang tidak pernah berputus asa untuk berlatih bersungguh-sungguh...kami telah berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan tersebut..ini merupakan kenangan terindah bagi daus...

96 Dance Crew ~> Azwan @ bboy Grenade , Hakim , Alif , Zharif , Raja Amirul Khalis , Firdaus , Eva dan Ezra

No comments:

Post a Comment

Chibi Captain America